Monday, October 19, 2009

Zainab al-Ghazali

Tanggal 3hb August 2005, ummat Islam kehilangan salah seorang pejuang wanita Islam yg paling hebat di zaman ini; Zainab al-Ghazali.
Dilahirkan pada 1917 , Zainab Al Ghazali Al Jubaili merupakan pengasas Jama'at Muslimat . Penubuhan Jama'at Muslimat pada tahun 1937 ini bertujuan untuk memberikan pendidikan kepada wanita-wanita Islam disamping memberi bantuan kepada ahli keluarga yang kehilangan tempat pergantungan setelah ketua keluarga mereka dipenjarakan oleh pemerintah Mesir pada masa itu.
Zainab Al Ghazali dilahirkan di Al-Bihira, Mesir; berketurunan drp Umar al Khattab, khalifah kedua Islam. Zaman mudanya dihabiskan dgn mencari ilmu dan pelbagai aktiviti yang membolehkan beliau menjadi barisan utama didalam perjuangan Islam di Mesir kemudiannya. Bapa beliau berpendidikan Al-Azhar dan merupakan anak murid antaranya Sheikh Ali Mahfouz, Sheikh Muhammad Al-Awdab dan Muhammad El-Najjar.
Zainab berasal drp keluarga yg aktif berpolitik dan disegani. Semasa muda, beliau merupakan seorang ahli Gabungan Feminis Mesir yg aktif, tetapi pada tahun 1936, semasa berusia 18, beliau menubuhkan persatuan beliau sendiri; Persatuan Wanita Islam, utk mengurus kerja2 wanita2 Islam bersesuaian dgn ajaran Islam.
Semasa disinilah beliau bertemu dgn Imam Hassan al-Banna, pengasas Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin). Al-Banna mengajak beliau supaya mengetuai cabang wanita Ikhwan dan menggabungkannya dgn Persatuan Wanita Islam. Beliau menolak tetapi akhirnya memberikan bai’ah secara rahsia kpd Al-Banna untuk membantu perjuangan Ikhwan.
Selepas kematian Al-Banna dan keberikutan drp pemenjaraan dan pembunuhan pimpinan Ikhwan, Zainab bersama2 dgn Syed Qutb dan Abd al-Fattah Ismail berpadu sebagai pemandu yg baru kpd gerakan Ikhwan dan mencapai orgramai melalui penulisan mereka dan ceramah. Rumah Zainab pula dijadikan medan utk golongan muda bertemu dan mendalami kecintaan mereka kpd ilmu Islam dan idaman mereka utk memperbaiki keadaan masyarakat mereka, serupa dgn rumah Al-Arqam semasa dijadikan sebagai medan pertemuan generasi Islam pertama 1400 tahun yg lalu.
Tetapi, mana2 gerakan yg inginkan perubahan sudah tentu akan bertemu dgn mehnah dan ujian drp golongan yg takut dgnnya; kerajaan. Dgn beberapa pimpinan Ikhwan, Zainab ditangkap oleh presiden Jaml’ Abd Al-Nasr pada 1965, dibicarakan pada 1966 dan dijatuhi hukuman sangat keras selama 25 tahun. Sebelum pembicaraan dan sepanjang menjalani hukuman, beliau telah disiksa dgn sgt hina, seperti yg dirakamkan beliau dlm bukunya, 'The return of the Pharoah' (saya tidak ingat tajuk buku ini dlm bahasa Melayu walaupun pernah membacanya dlm kedua2 bahasa).
Tetapi beliau kuat dan beristiqamah, tidak mahu utk menanda-tangani pengakuan palsu atau menipu mengenai aktiviti sahabat2 seperjuangnnya. Beliau kemudiannya dilepaskan pada 1971 ketika president Anwar Sadat (selepas kematian Nasr).
Setelah beliau dibebaskan dr penjara, Zainab kembali mengajar dan berjuang sebagai pembakar semangat kpd generasi pejuang Islam, lelaki dan wanita. Beliau menunjukkan contoh kpd wanita Islam bagaimana boleh mereka boleh memenuhi tanggungjwab mereka sebagai isteri dan ibu, tetapi dlm masa yg sama memberikan sumbangan kpd masyarakat dan dakwah, mengajar dan memanggil manusia kpd ajaran Islam. Beliau seorang penulis yg disanjung tinggi, kerap menulis utk journal2 Islam, selain menerajui ajaran tafsir al-Quran.
Barangkali, pelajaran yg paling baik utk kita pelajari drp Zainab adalah kekuatan beliau didlm menjalani ibadah kpd Allah.
Beliau menjadikan kehambaannya kpd Allah yg mengatasi segala2nya dlm hidup beliau seperti ucapan beliau yg sgt terkenal kpd suami beliau sebelum berkahwin:
‘…. Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yg pada umur 18, memberikan keseluruhan hidupnya utk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dlm diriku…’
Zainab meninggal dunia pada usia 88, semoga perjuangan beliau menjadi sumber inspirasi kpd wanita muslimah kini.Al-Fatihah...

Doa zainab ketika tubuhnya digigit anjing
“Ya Allah sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, hingga melupakan selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, wahai Tuhanku. Wahai zat Yang Maha Esa, wahai zat Yang menjadi tempat bergantung. Bawalah aku dari alam kasar (dunia) ini. Sibukkanlah aku agar tidak mengingat seluruh hal selain-Mu. Sibukkanlah aku dengan (mengingat)-Mu, bawalah aku di hadirat-Mu. Berilah aku ketenangan yang sempurna dari-Mu. Liputilah aku dengan pakaian kecintaan-Mu. Berikanlah kepadaku rezeki mati syahid dijalan-Mu. Karunikanlah kepadaku kecintaan yang tulus kepada-Mu, keridhaan pada (ketentuan)-Mu dan Ya Allah, teguhkanlah diriku, sebagaimana keteguhan yang dimiliki oleh para ahli tauhid ya Allah!

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad: 7)

RATUKU


Ratuku... Inginku luahkan,

Apa yang sudah lama inginku luahkan,

Tentang kebimbanganku ini,

Tatkala melihat bunga-bunga berguguran,

Di petik tangan-tangan yang ganas,

Lagi bernafsu serakah.


Ratuku...Kebimbanganku ini masih menebal,

Apabila ku dengar,

Dengungan kumbang perosak,

Yang cuba menyedut madumu,

Walau tanpa relamu.


Ratuku... Kebimbanganku bertambah lagi,

Bila ku melihat,

Bunga yang tidak segan silu,

Melampiaskan kecantikannya,

Ketika sedang mekar,

Melupakan kuntuman,

Yang sebelum ini melindunginya.


Ratuku... Aku masih terpinga-pinga,

Masih wujudkah lagi,

Ratu idaman hatiku,

Kerana apa yang aku lihat hari ini,

Semakin banyak bunga-bunga gugur,

Bagaikan tibanya musim luruh.


Ratuku... Bukanlahku harap,

Kau segigih Siti Hajar,

Yang berlari-lari,

Antara Safa dan Marwah,

Bukan juga sesetia Ainul Mardiah,

Yang menanti kekasihnya di pintu Syurga.


Ratuku... Akuilah hakikat yang tersurat,

Engkau bukanlah Siti Khadijah,

Mahupun Siti Fatimah,

Engkau bukan Aishah,

Bukan juga Rabiatul Adawiyah,

Wanita suci terpuji,

Kerana aku tidak layak,

Berharap sedemikian rupa.

Cukuplah sekadar,

Kau cuba mencontohi,

Bunga-bunga itu,

Kembang mekar mewangi,

Sehingga harumannya,

Melewati pintu-pintu Syurga.


Jangan kau risau ratuku,

Kadang kala musim berganti,

Sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar,

Tapi itu, Hanya ujian buatmu.


Ratuku... Esok musim bunga pasti akan tiba,

Dan kau akan mampu berkembang lagi,

Cuma yang ku harapkan ketika itu,

Kau jaga kelopakmu itu,

Jangan sampai tangan-tangan kasar,

Memetik mu lagi.


Jangan goda kumbang-kumbang ganas,

Menghisap madumu,

Jangan biarkan,

Gagak-gagak hitam itu,

Merosakkan serimu,

Kerana kau RATU IDAMAN KALBU.


Ratuku.. Aku bukanlah memandang kecantikanmu,

Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya.


Tapi bukan itu yang ku harapkan,

Aku yakin ratuku,

Masih ada sinar harapan,

Yang membuatku tersenyum lega,

Kerana akan ku temui,

RATU yang benar-benar RATU.

Saturday, September 12, 2009

Selamat Datang


Assalamualaikum buat Semua


Nisa Tanjung Malim dah ada blog sendiri..
Rajin2 le berkunjung ke blog kami ini